Wednesday, January 19, 2011

Gambar Hanez Suraya Seksi!

Siapa Hanez Suraya ni? kalau korang masih ingat lagi drama Exora dalam slot Akasia di TV3 dulu memang korang hebat. Pelakon yang sebelum ini menjadi sebutan dilaman-laman media mengenai penampilan sosialnya dulu. Kini dia muncul lagi menjadi model untuk ManggaOnline. Masih menampilkan penampilan seksi. Mungkin sekarang dia ni jadi model kot, lakonannya penulis tak tahu masih aktif lagi atau tidak.

Jangan Kecewa, Khairul Fahmi, Penjaga Gol Malaysia Sudah Berpunya



Nampaknya Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apek kini menjadi kegilaan remaja-remaja perempuan selepas aksi menariknya di Piala Suzuki AFF Cup. Diminta mereka yang meminati Apek tidak kecewa kerana sesungguhnya dia sudah pun menjadi kekasih hati. Nama aweknya ialah Farah. Di bawah ialah gambar buah hati Apek.

Sedikit info tentang Apek. Dia dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Januari 1989. Tahun ini Apek baru berusia 21 tahun. Apek mempunyai darah campuran Melayu + Cina. Apek adalah penjaga gol terbaik untuk Liga Super bagi tahun 2010. Apek tidak diturunkan untuk perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di mana Indonesia membelasah Malaysia 5-1.

Untuk anda yang meminati Apek, sila join Facebook Fan Page Khairul Fahmi. Dan kalau anda berminat untuk mengenali Apek daripada sudut mata kekasih hatinya, sila baca blog awek si Apek ini. Nama awek si Apek ini kalau tak silap kami ialah Elia.

Tuesday, January 18, 2011

Apa Pendapat Anda Tentang Topik “Besarkan Payu Dara” Di Wanita Hari Ini TV3?

Baru-baru ini TV3 menerusi program Wanita Hari Ini telah membincangkan tajuk “Besarkan Payu Dara”. Ternyata tajuk ini sememangnya kontroversi sehingga pengarah besar TV3 pun terpaksa turun padang buat kenyataan. Ini kata-kata brother Ahmad Izham Omar selaku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.
Pihak TV3 tidak mempunyai niat lain, selain daripada menggalakkan diskusi secara terbuka dan berkongsi pengalaman dalam topik tersebut. Menerusi WHI juga kami berharap agar setiap perbincangan dapat memberi manfaat kepada penonton.
Pada masa yang sama, kami peka terhadap pandangan masyarakat di luarsana serta menghargai maklum balas yang diterima daripada orang ramai. Malah kami menjemput seorang doktor pakar untuk membincangkan topik tersebut dan ia mengandungi unsur pengajaran ataupun input tambahan yang bersesuaian.
Saya akui yang saya tak tengok pun lagi episod WHI di atas. Lagipun buat apa saya nak tengok kan? Saya bukannya ada payu dara. Tapi kalau mengikut logiknya, disebabkan program ini ialah program Wanita Hari Ini, maka penontonnya sudah tentulah wanita kan? So besar kemungkinan sebab itu topik ini dikeluarkan. Untuk memberitahu para wanita-wanita yang menonton WHI baik buruk membesarkan payu dara.

Bagi saya, bersyukurlah dengan kurniaan yang diberi. Besar sangat pun tak adalah cantik sangat kan? Apa pendapat korang pasal program WHI nie? Wajar atau tak wajar cerita tentang payu dara secara terbuka? Adakah penonton kita dah betul-betul open minded untuk membincangkan hal sebegini? Sila tinggalkan hujah anda di ruangan komen ye.